JURULATIH BOLA DIPENJARA KERANA RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK

Number of View: 2639

JURULATIH BOLA DIPENJARA KERANA RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK,Seorang Bekas ketua jurulatih bola sepak  skuad Piala Presiden Negeri Sembilan Yusarman Yusof, 36, dijatuhi hukuman penjara 25tahun dan denda rm200,000 selepas disabitkan bersalah diatas 20 tuduhan rasuah berjumlah rm24,700 kepada para pemain skuad berkenaan untuk mengatur keputusan satu perlawanan pada April tahun lalu.

Tertuduh kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan oleh Hakim Datin Nursinah Adzmi yang mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.Mahkamah mendapati tertuduh disabitkan dengan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan untuk setiap tuduhan dan denda RM10,000 bagi setiap kesalahan.

Bagaimanapun, Nursinah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan membenarkan hukuman ditangguhkan sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Yusarman bersama dua lagi lelaki yang masih bebas didakwa memberi rasuah berjumlah RM24,700 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Skuad Rusa antara 19 hingga 22 April tahun lalu.

Kesemua pemain terbabit, iaitu D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd. Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Suhairy Johari, Anwarul Hafiz Ahmad, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd. Hafiz Mohd. Nor menerima suapan RM300 hingga RM2,000 setiap seorang.

sumber

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “JURULATIH BOLA DIPENJARA KERANA RASUAH | RASUAH BOLA SEPAK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge