KANAK-KANAK MAUT TERTEMBAK DI KEPALA

Number of View: 3181

 

KANAK-KANAK MAUT TERTEMBAK DI KEPALA,Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun maut akibat tertembak di dahi manakala bapa saudaranya cedera parah dalam kejadian pada pukul 9 malam kelmarin di rumah neneknya di pekan Ketereh Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Muhammad Faris Faisal Hisham yang baru menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di Johor selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di pekan itu.

Menurut beliau, bapa saudara mangsa, Mohd. Hilmi Ghazali, 31,turut terkena tembakan didada.

Mohd. Hilmi yang cedera di dada akibat terkena tembakan berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaanya dilaporkan stabil.

Mangsa menemui senjata api tersebut yang disangka pistol mainan lalu memetik picu dan tertembak di dahi menembusi kepalanya sebelum terkena Mohd. Hilmi yang berada di belakang mangsa.

Melihat mangsa cedera, ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Ketereh untuk rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

sumber:kosmo

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “KANAK-KANAK MAUT TERTEMBAK DI KEPALA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge