MANCHESTER UNITED LAMAR SHINJI KAGAWA

Number of View: 3418
Shinji Kagawa

MANCHESTER UNITED LAMAR SHINJI KAGAWA,Shinji Kagawa Pemain Kebangsaan jepun menjadi pemain pertama yang dibeli Manchester united pada musim panas ini.United mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan kelab lama pemain berkenaan, Borussia Dortmund.

“Manchester United dengan gembiranya mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund dan Shinji Kagawa mengenai perpindahannya ke Old Trafford,” jelas satu kenyataan United semalam.

Perjanjian akan bergantung kepada keputusan ujian perubatan Kagawa serta kelulusan permit kerja ke Britain.Perjanjian Kagawa dan United dijangka diselesaikan pada hujung Jun ini.Perpindahan Shinji kagawa ke united itu,diramalkan mencecah sekitar £12 juta (RM59.1 juta).

Pengurus United, Alex Ferguson dan pembantunya, Mike Phelan telah menyaksikan persembahan Kagawa ketika bintang Jepun itu menjaringkan satu gol serta mencipta satu lagi peluang jaringan ketika Dortmund mengalahkan Bayern Munich 5-2 pada final Piala Jerman sebelum ini.

Kagawa menyertai Dortmund daripada kelab Jepun, Cerezo Osaka pada 2010.Dia telah menyumbang 21 gol dalam 49 penampilan Liga Jerman untuk Dortmund, sekali gus membantu kelab tersebut menjuarai gelaran liga dua musim berturut-turut.

Perancang berusia 23 tahun itu ketika ini dalam tugasan antarabangsa bersama Jepun dan turut memainkan peranan utama dalam kemenangan 3-0 ke atas Oman pada kelayakan Piala Dunia minggu lepas.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “MANCHESTER UNITED LAMAR SHINJI KAGAWA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge