PENYANYI KUMPULAN D`LOYD MENINGGAL DUNIA | AL FATIHAH | Jokegurl.Com

PENYANYI KUMPULAN D`LOYD MENINGGAL DUNIA | AL FATIHAH

Number of View: 3926

PENYANYI KUMPULAN D`LOYD MENINGGAL DUNIA | AL FATIHAH,Penyanyi utama kumpulan  D’Lloyd dari Indonesia yang terkenal di Malaysia sekitar tahun 1970-an, Syamsuar Hasyim, meninggal dunia di Hospital Islam Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia semalam akibat penyakit barah paru-paru.

Kematian Syamsuar, 65, disahkan anak saudaranya, Isfriansyah Putra yang kini berada di Malaysia untuk mengunjungi sanak saudara.

Menurut Isfriansyah, 37, bapa saudaranya meninggal dunia di Hospital Husada Utama, Jakarta akibat sesak nafas pada pukul 7.15 pagi waktu Indonesia.jenazah bapa saudaranya dibawa ke rumah kakaknya di Kalibaru, Jakarta untuk urusan pengebumian di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta selepas solat Asar.

Isfriansyah berkata, bapa saudaranya yang hidup membujang dimasukkan ke hospital yang sama setelah mengadu sesak nafas pada Khamis lepas sebelum disahkan meninggal dunia.

Syamsuar mula menganggotai kumpulan D’lloyd pada tahun 1974 dan telah merakamkan album pertama pada tahun itu serta mengeluarkan beberapa lagu popular seperti Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa, Oh Di Mana, Keagungan Tuhan dan Sendiri.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga shamsuar Hasyim yang meninggal dunia di indonesia,semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge