SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG | SERANGAN JANTUNG

Number of View: 9058

SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG | SERANGAN JANTUNG,Tentu ramai pernah mendengar penyakit jantung ?tapi tahukah anda apa simptom-simptom untuk pentakit jantung.jika anda ada mempunyai simptom-simptom ini,boleh lah anda pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.penyakit jantung ini telah banyak meragut nyawa manusia diseluruh dunia.

Simptom 1

Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

 

Simptom 2

Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.

 

simptom 3

jika anda ada merasa pening kepala yang kerap,baik pergi mendapatkan rawatan.

 

simptom 4

Merasa kepenatan dalam melakukan kerja yang sedikit.

 

simptom 5

merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

 

simptom 6

rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

 

simptom 7

denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung.

 

Simptom 8

Kadang-kadang seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

 

Simptom 9

Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

 

Simptom 10

Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat.

 

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih “white meat” seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG | SERANGAN JANTUNG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge