BUAYA BUJANG SEBELAK AKHIRNYA DITANGKAP

Number of View: 3700

BUAYA BUJANG SEBELAK AKHIRNYA DITANGKAP,Akhirnya Buaya Bujang Sebelak yang diburu sejak dua minggu lepas kerana membaham isteri ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, pada 19 Jun lalu kini tertangkap dan dibunuh.Bujang sebelak yang beratnya 200 kilogram dan panjang 3.65 meter itu ditangkap oleh pawang buaya terkenal, Indet Sanabong, 49.

Bangkai itu disahkan sebagai Bujang Sebelak berdasarkan mata kirinya yang buta selain dua kesan tembakan pada bahagian bawah rahang kirinya. Tembakan senapang itu dilepaskan oleh penduduk pada hari buaya itu membaham Siah.menurut indet, Bujang Sebelak telah memakan umpan daging anjing putih yang dipasang di Sungai Nyiar, kira-kira tiga kilometer dari Rumah Panjang Nanga Sungai Anak petang kelmarin.

Dia kemudian menaiki perahu bersama adiknya, Tinggi Sanabong, 45, serta dua lagi pembantu untuk melihat umpan sebelum menyedari boya yang dipasang telah beralih tempat, iaitu satu petanda umpannya telah mengena dan Mereka mengambil masa sejam untuk bertarung menaikkan Bujang Sebelak.

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “BUAYA BUJANG SEBELAK AKHIRNYA DITANGKAP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge