GANJARAN JONGKONG EMAS BUAT PEMAIN BADMINTON | SUKAN OLIMPIK 2012 LONDON

Number of View: 7639

GANJARAN JONGKONG EMAS BUAT PEMAIN BADMINTON | SUKAN OLIMPIK 2012 LONDON,Ganjaran jongkong emas bernilai rm 2juta menanti Skuad Badminton Negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan berlangsung tidak lama lagi.Ganjaran itu merupakan Tanda sokongan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) terhadap Skuad Badminton negara.

Ganjaran tersebut diumumkan oleh Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC),Datuk Seri Andrew Kam di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.Turut hadir dalam Majlis Pengumuman Insentif itu ialah,Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar.

menerusi skim hadiah kemenangan KLRC,Pemain-pemain badminton negara yang berjaya merangkul pingat emas akan diberi Hadiah Jonkong Emas yang bernilai 2 juta itu.

Menurut Pengerusi KLRC,menjelaskan bahawa jika terdapat lebih daripada seorang pemain badminton negara yang meraih pingat emas, jongkong emas seberat 12.5 kilogram itu akan dibahagikan sama rata.

Dengan habuan yang diumumkan oleh KLRC itu, barisan pemain badminton negara berpeluang untuk membawa pulang RM4 juta andai berjaya menjelmakan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij dunia itu.

Sebelum ini, Kementeria Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) menawarkan RM1 juta kepada setiap pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

Jumlah tersebut bertambah apabila sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd., turut menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas.

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “GANJARAN JONGKONG EMAS BUAT PEMAIN BADMINTON | SUKAN OLIMPIK 2012 LONDON”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge