KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA | INFO KDS1M

Number of View: 5635

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA | INFO KDS1M,Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi IPT bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia KDS1M.Kad Kds1m itu dilancarkan bermula September ini.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia kds1m ini diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Para siswa dan siswi yang menggunakan Kds1m itu hendaklah menunjukkan kad kds1m dan kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun ditawarkan.KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari http://www.1pengguna.com/11pengguna/index.php.

Info Kds1m

  • Dikeluarkan Bank Rakyat
  • Diberi percuma.
  • Diskaun 5 hingga 60%
  • Disertai 51 syarikat
  • Secara automatik, tidak perlu pohon.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA | INFO KDS1M”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge