KADAR ZAKAT FITRAH 2012 | JADUAL ZAKAT FITRAH 1433H

Number of View: 4764

KADAR ZAKAT FITRAH 2012 | JADUAL ZAKAT FITRAH 1433H,Berikut adalah Jadual kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2012 1433H bagi seluruh Negeri diseluruh Malaysia.

hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “KADAR ZAKAT FITRAH 2012 | JADUAL ZAKAT FITRAH 1433H”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge