PERBINCANGAN BONUS AIDILFITRI UNTUK KAKITANGAN AWAM | CUEPACS

Number of View: 3340

PERBINCANGAN BONUS AIDILFITRI UNTUK KAKITANGAN AWAM | CUEPACS,pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) isnin ini,antara isu yang akan dibincangkan adalah Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.

Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Presiden Cuepacs,Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini.keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.

Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

sumber

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “PERBINCANGAN BONUS AIDILFITRI UNTUK KAKITANGAN AWAM | CUEPACS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge