37 SYARIKAT SKIM PELABURAN EMAS TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG

Number of View: 4664

37 SYARIKAT SKIM PELABURAN EMAS TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG,Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Izham Nayan semasa membuat gesaan itu mendakwa sindiket pelaburan emas hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak lagi mengambil wang pelaburan secara haram.

“Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini.

“Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata, perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi.

“Pihak BNM perlu mengambil tindakan segera kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem ekonomi dan sosial negara,” katanya. – BERNAMA

sumber:kosmo

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “37 SYARIKAT SKIM PELABURAN EMAS TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge