PELAJAR MALAYSIA TERBUNUH DALAM KEMALANGAN DI RUSSIA

Number of View: 5045

PELAJAR MALAYSIA TERBUNUH DALAM KEMALANGAN DI RUSSIA,VLADIVOSTOK (Russia): Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, hari ini.

Beliau berkata, pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.

Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.
Beliau berkata pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.

Zainol Abidin berkata, Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital. – Bernama

Incoming search terms:

Tags: , , ,

0 thoughts on “PELAJAR MALAYSIA TERBUNUH DALAM KEMALANGAN DI RUSSIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge