1585 LAMAN WEB “PHISING” DISEKAT

Number of View: 1737

1585 LAMAN WEB “PHISING” DISEKAT ,Sebanyak 1,585 laman web ‘phishing’ (aktiviti untuk mendapatkan maklumat rahsia pengguna dengan cara menggunakan e-mel dan laman web yang menyerupai yang asli atau rasmi) disekat tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata laman sesawang ‘phishing’ itu adalah daripada sejumlah 1,675 laman sesawang yang disekat, setakat tahun ini.Sepanjang tahun lepas sejumlah 1475 laman web disekat untuk  langkah pencegahan.

Sebanyak 32 kertas siasatan telah dibuka pada tahun lepas dan sehingga tahun ini, 74 kes lagi telah disiasat untuk kesalahan melibatkan media baru mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Bagi Individu yang dituduh atau difitnah oleh blog, boleh membuat aduan terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan undang-undang.

Menurut Datuk Joseph Salang,Kementerian dan pihak berkuasa tidak pilih kasih dan mengambil tindakan sewajarnya untuk semua kes yang dilaporkan.

Sumber:kosmo

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “1585 LAMAN WEB “PHISING” DISEKAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge