CIRI-CIRI IPAD MINI | APPLE

Number of View: 5778

CIRI-CIRI IPAD MINI | APPLE,Syarikat Apple melancarkan iPad mini secara besar-besaran di San Jose, California, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Oktober lalu. Apa yang menarik, iPad mini lebih kecil senipis pensil 7.2mm. Ia dilancarkan hanya selepas setengah tahun iPad generasi ketiga dilancarkan.Ipad Mini dianggarkan berharga Rm987 (AS329).

Skrin Ipad Mini berukuran 7.9 inchi dan ia menjadikannya lebih lebar berbanding skrin 7 inci Kindle atau Nexus 7 dan sesuai diletakkan di dalam poket.Skrin baru ipad mini ini mempunyai resolusi 1024 x 768 bagi membolehkan semua perisian yang dikeluarkan sebelum ini boleh digunakan,Tetapi ia tidak menyokong paparan retina yang terdapat pada generasi terkini yang lain.

iPad mini diperbuat daripada aluminium bukan seperti Nexus 7 Google yang diperbuat daripada plastik.iPad mini dilengkapi dengan cip dual core A5 selain FaceTime HD dan kamera 5MP iSight.Apple mendatangkan ipad mini ini dengan versi 32 dan 64 GB manakala versi Wi-Fi akan dijual di AS pada November akan datang.Ipad mini ini dikatakan mempunyai hayat bateri sehingga 10jam.

P/S:tentu ramai yang tak sabar nak dapatkan Ipad mini keluaran terbaru dari apple ni kan.

 

 

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “CIRI-CIRI IPAD MINI | APPLE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge