PORSCHE PANAMERA DAN BMW YANG DILARIKAN TELAH DIJUMPAI

Number of View: 2765
Gambar Hiasan

PORSCHE PANAMERA DAN BMW YANG DILARIKAN TELAH DIJUMPAI,Dua buah kereta mewah jenis Porsche Panamera 3.6 dan BMW 5 Series serta barangan berharga bernilai RM1.5 juta milik seorang ahli perniagaan yang dilarikan Rabu lalu dari banglonya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini ditemui semula di Taman Bahariah Indah, Muar, Johor kelmarin.

arak antara dua tempat itu kira-kira 60 kilometer.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pukul 6.30 pagi itu berlaku apabila rumah mangsa berusia 51 tahun tersebut dimasuki empat daripada enam penjenayah bertopeng.

Katanya, empat suspek dapat masuk selepas pintu belakang banglo dua tingkat itu dibuka oleh pembantu rumah mangsa untuk membasuh baju. Dua lagi rakan mereka menunggu di luar.

“Mangsa dan isterinya yang berada di tingkat atas bergegas turun sebaik terdengar bunyi bising sebelum si suami dipukul dengan benda tumpul dan diacu parang.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama barangan kemas, telefon bimbit, jam tangan, beg duit serta kereta mewah jenis Porsche Panamera 3.6 dan BMW 5 Series yang kesemuanya bernilai RM1.5 juta selepas menggeledah selama 20 minit,” katanya pada sidang akhbar.

Tambahnya, polis yang menerima laporan kemudian telah menubuhkan satu pasukan khas selain bekerjasama dengan polis Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut Raja Shahrom, kira-kira 28 jam kemudian, pihaknya menemui semula Porsche putih bernilai RM800,000 dan BMW hitam berharga RM500,000 itu di tepi jalan di Taman Bahariah Indah, Muar.

SUMBER:KOSMO

Tags: , , ,

0 thoughts on “PORSCHE PANAMERA DAN BMW YANG DILARIKAN TELAH DIJUMPAI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge