ZULFAHMI BERMULA BAIK DI MOTOGP AUSTRALIA

Number of View: 3802

ZULFAHMI BERMULA BAIK DI MOTOGP AUSTRALIA,Pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin menampilkan persembahan yang membanggakan dalam kedua-dua sesi latihan bebas pada MotoGP Grand Prix Australia di Litar Philip Island.Zulfahmi yang menunggang motosikal KTM berkuasa 250cc, mencatatkan masa ketujuh terpantas dengan 1 minit 41.261 saat pada sesi latihan pertama.

Sesi latihan tersebut juga menyaksikan pelumba Sepanyol, Maverick Vinales, yang menarik diri daripada pasukan Blusens Avintia pada MotoGP GP Malaysia minggu lepas, kembali semula dengan mencatatkan masa keempat terpantas dengan 1:39.902s.

Menurut kenyataan Sepang International Circuit (SIC), juara dunia Moto3 yang baru dinobatkan, Sandro Cortese dari Jerman, menungguli sesi latihan bebas di tempat pertama diikuti rakan sepasukannya dari KTM Red Bull Ajo, Danny Kent dari Britain.

Zulfahmi, yang gagal layak pada penampilan sulung pada GP Australia pada 2010 dan menduduki tempat ke-27 dalam kategori 125cc tahun lepas, memperbaiki catatan masa pada sesi kedua dengan 1:40.325s bagi menduduki tempat keenam terpantas.

Berbaki dua perlumbaan dalam siri MotoGP Dunia termasuk GP Australia, Zulfahmi kini menduduki tempat ketujuh keseluruhan dengan mengumpul 112 mata

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “ZULFAHMI BERMULA BAIK DI MOTOGP AUSTRALIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge