KAMERA AES DIPERAK DIROSAKKAN | VANDALISME

Number of View: 2146
GAMBAR HIASAN

KAMERA AES DIPERAK DIROSAKKAN | VANDALISME,Jabatan Pengangkutan Jalan Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.Kamera AES yang dirosakkan itu melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Kamera di jalan Pasir putih dan sungkai juga dipercayai ditumbangkan dan disimbah cat hitam,menurut Pengarah JPJ Perak.Kejadian ini diketogorikan sebagai kes Vendalisme.Syarikat penyelia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “KAMERA AES DIPERAK DIROSAKKAN | VANDALISME”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge