KELANTAN DAN TERENGGANU MULA DILANDA BANJIR | BANJIR DI PANTAI TIMUR

Number of View: 6534

KELANTAN DAN TERENGGANU MULA DILANDA BANJIR | BANJIR DI PANTAI TIMUR,Negeri-negeri dipantai Timur mula dilanda banjir melibatkan negeri Terengganu dan kelantan.Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN),Kelantan merupakan negeri terbaharu dilanda banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kini adalah seramai 430 orang di seluruh negari.

Negeri lain yang sedang dilanda banjir ialah Terengganu yang mencatat jumlah perpindahan seramai 305 orang, Selangor (91 orang) dan Johor (16 orang).Di Terengganu tujuh pusat pemindahan dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Marang dan Dungun, diikuti hanya satu pusat dibuka di Johor iaitu di Batu Pahat, manakala di Selangor, tiga pusat pemindahan dibuka di Kuala Selangor dan Klang.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), tiga batang sungai di Terengganu melebihi paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sungai Besut di Kampung La dan Sungai Berang di Kampung Menerong.manakala di Kelantan, Sungai Golok di daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang juga melebihi paras bahaya.

Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.Daerah yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelanta manakala di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

P/S:peasanan jokegurl.com kepada negeri2 yang terbabit dilanda banjir hendaklah sentiasa berhati-hati dan jaga keselamatan anak-anak anda diketika musim banjir.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

2 thoughts on “KELANTAN DAN TERENGGANU MULA DILANDA BANJIR | BANJIR DI PANTAI TIMUR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge