PEMBANTU RUMAH DERA BAYI MENERIMA HUKUMAN PENJARA | TERKINI

Number of View: 2080

PEMBANTU RUMAH DERA BAYI MENERIMA HUKUMAN PENJARA | TERKINI,Mahkamah kuantan menjtuhkan hukuman penjara selama 20tahun kepada pembantu rumah Indonesia setelah tertuduh mengaku salah diatas kesalahan Mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan.

Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

Pertuduhan pertama,Yuliana didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada pukul 7.45 pagi, 15 Februari lalu di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol.

Pertuduhan kedua,pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun untuk kesalahan pertama dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.Hukuman penjara tersebut berjalan serentak dari tarikh tangkapan.

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “PEMBANTU RUMAH DERA BAYI MENERIMA HUKUMAN PENJARA | TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge