RAJA MUDA AGBIMUDDIN MASIH HIDUP ? | ADIK SULTAN SULU

Number of View: 2560

RAJA MUDA AGBIMUDDIN MASIH HIDUP ? | ADIK SULTAN SULU,Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih hidup dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya.

Jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata berdasarkan maklumat yang disampaikan Agbimuddin, anggota tentera Sulu kini sudah ‘berkumpul semula’ selepas serangan pertama ke atas mereka pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri…mereka berjalan. Mereka sangat kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media seperti yang dilaporkan Philippine Daily Inquirer.

Menurut Idjirani,dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu.

sumber:Mstar

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “RAJA MUDA AGBIMUDDIN MASIH HIDUP ? | ADIK SULTAN SULU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge