PARLIMEN BUBAR 3 APRIL 2013 | PRU-13 BERMULA

Number of View: 1656

PARLIMEN BUBAR 3 APRIL 2013 | PRU-13 BERMULA,Pada hari ini 3 April 2013 jam 11.30pagi tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini sekaligus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum PRU-13.Pengumuman pembubaran itu diumumkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi tadi.

Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.

klik sini

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “PARLIMEN BUBAR 3 APRIL 2013 | PRU-13 BERMULA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge