GEMPA BUMI MENGGEGARKAN ACEH 6.2 SKALA RICHTER | TERKINI

Number of View: 1223

GEMPA BUMI MENGGEGARKAN ACEH 6.2 SKALA RICHTER | TERKINI,Sekurang-kurangnya lima penduduk cedera dan beberapa rumah rosak apabila gempa bumi berkekuatan 6.2 pada Skala Richter menggegarkan daerah Bener Meriah, Aceh, hari ini.Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.
Setakat ini badan itu mencatatkan 10 buah rumah penduduk mengalami kerosakan dalam kejadian gempa pada pukul 2.37 petang waktu tempatan itu.Ada laporan menyebut gegaran kuat itu merobohkan sejumlah rumah penduduk di daerah kecil Bener Gelipah.

Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 35km ke Barat Daya daerah Bener Meriah atau 43km ke Tenggara daerah Bireuen dan menyebabkan gegaran kuat selama 15 saat.

Gegaran itu yang dirasakan sehingga ke Banda Aceh, menyebabkan penduduk kawasan terjejas panik dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

SUMBER:BERNAMA

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “GEMPA BUMI MENGGEGARKAN ACEH 6.2 SKALA RICHTER | TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge