DATUK LEE CHONG WEI BERTANDING DI PRK DUN KAJANG ? | BIAR BETUL

Number of View: 1261

DATUK LEE CHONG WEI BERTANDING DI PRK DUN KAJANG ? | BIAR BETUL,Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan di Dun Kajang tidak lama lagi.Apa yang menarik ialah,ada khabar angin yang mengatakan Datuk Lee Chong Wei akan menjadi calon untuk Melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MCA juga sudah menyenarai-pendek beberapa nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, yang akan diserah kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) untuk membuat keputusan.

Menurut Sumber,Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil itu.Datuk Lee Chong Wei diminta mengulas tentang Khabar Angin mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut.

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “DATUK LEE CHONG WEI BERTANDING DI PRK DUN KAJANG ? | BIAR BETUL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge