PUSAT TAHFIZ AMAL DIARAH TUTUP | KEDAH

Number of View: 2846

PUSAT TAHFIZ AMAL DIARAH TUTUP | KEDAH,Sebuah Pusat Tahfiz Amal dikedah diarahkan tutup Melalui notis arahan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada 10 Februari 2014.Notis tutup itu dikeluarkan selepas JAIK mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz berkenaan bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.

Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan pelajar .

sumber:mymetro

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “PUSAT TAHFIZ AMAL DIARAH TUTUP | KEDAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge