APAKAH VIRUS EBOLA ? | DIMANAKAH EBOLA BERMULA

Number of View: 1408

APAKAH VIRUS EBOLA ? | DIMANAKAH EBOLA BERMULA,Penyakit Ebola yang juga dikenali sebagai EVD adalah penyakit jangkitan virus yang parah dengan menunjukkan ciri-ciri seperti flu dan pendarahan dalaman yang teruk.kadar untuk selamat adalah sangat rendah iaitu kira-kira 60%-90% orang yang kena virus ini akan mengalami kematian.

Ebola mula dikesan pada tahun 1976 di NZara Sudan dan juga Yambuku,Zaire (congo).Di Zaire,kampung dimana wabak ebola ini mula dikesan adalah berdekatan dengan sungai bernama Ebola.disitulah dimana Virus ini mendapat nama.

Simptom Virus Ebola adalah seperti Selsema,demam,sakit otot,sakit kepala,sakit tekak,muntah,cirit birit,ruam,kegagalan ginjal berfungsi,pendarahan dalaman atau luaran.virus Ebola ini mula menunjukkan kesan simptom antara dua hingga 21 hari.

Virus Ebola bukanlah penyakit yang berjangkit melalui Udara.Penyakit ini hanya berjangkit melalui sentuhan Bendalir badan seperti darah.Pekerja kesihatan merupakan individu yang sangat berisiko tinggi dijangkiti jika tidak memakai peralatan dan pakaian yang selamat.

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “APAKAH VIRUS EBOLA ? | DIMANAKAH EBOLA BERMULA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge