LELAKI MENYAMAR MAK NYAH MEROGOL WANITA HAMIL

Number of View: 7897

LELAKI MENYAMAR MAK NYAH MEROGOL WANITA HAMIL,Seorang lelaki yang berpakaian perempuan ditahan kerana disyaki merogol dua wanita termasuk yang hamil.kejadian wanita hamil diperkosa ini berlaku di shangHai.elaki terbabit buruh binaan bernama Wang, 50-an, berpakaian seperti wanita sebelum mengikat mangsa dan memperkosa mereka. 

Ketika ditahan Mei lalu, polis menemui pakaian wanita termasuk pakaian dalam serta rambut palsu di rumah Wang. Wang yang mengakui gemar berpakaian seperti wanita berkata dia membeli pakaian berkenaan manakala ada yang dicuri dari ampaian.Malah dia memberitahu pasukan penyiasat dia lebih mudah mendapat mangsa kerana wanita mudah percaya kepada wanita lain.

Wang ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita hamil April lalu di Daerah Songjiang namun ketika siasatan dijalankan dia berjaya dikaitkan dengan satu lagi kes serupa di Daerah Baoshan pada 2003.Dalam kejadian di Songjiang, Wang yang memakai rambut palsu hitam, topi dan kot wanita memasuki rumah mangsa selepas wanita itu membiarkan pintunya terbuka ketika mengambil segelas air.

Wanita itu merayu tidak diapa-apakan kerana mengandung empat bulan, namun diikat, ditutup matanya sebelum dipukul dan dirogol.Wang turut merompak wang serta telefon bimbit mangsa sebelum ditahan di sebuah lokasi pembinaan di bandar Dongjing.

Sementara itu, dalam kejadian pada 2003 pula Wang dipercayai mengekori seorang wanita ke rumahnya sambil memakai pakaian perempuan.Dia kemudian menyerang wanita terbabit dan mengambil wang serta beberapa gambar selepas merogolnya.

sumber- Agensi

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “LELAKI MENYAMAR MAK NYAH MEROGOL WANITA HAMIL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge