RUMAH MENTERI SARAWAK DITEMBAK | TERKINI

Number of View: 1575

RUMAH MENTERI SARAWAK DITEMBAK | TERKINI,eberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, yang terletak di Jalan Ipoh di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam .Tembakan yang dilepaskan mengenai tingkap sebuah bilik tidur di tingkat satu yang menghadap jalan. 

Dalam kejadian itu emua anggota keluarga kecuali Wong, berada di rumah, tiada siapapun yang tercedera.Soon Koh juga adalah Menteri Kewangan II Sarawak.

Menurut Datin Sri Leong Poh Ling,nsiden itu hanya disedari pagi ini apabila anak lelakinya ternampak serpihan cermin tingkap di atas lantai bawah langsir.beliau ada mendengar bunyi letupan yang sangat kuat antara 8.15 hingga 8.30 malam semalam.

imbalan Ketua Polis Sibu, Superintendan Martin Koo ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan tembakan itu dilepaskan ke arah rumah berkenaan menggunakan selaras senapang patah dan menjumpai satu kelongsong peluru dan sembilan peluru penabur di beberapa tempat di perkarangan rumah, betul-betul di bawah bilik tidur. 

 

Tags: , , ,

0 thoughts on “RUMAH MENTERI SARAWAK DITEMBAK | TERKINI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge