UJIAN UPSR 2014 DIBATALKAN ?

Number of View: 1208

UJIAN UPSR 2014 DIBATALKAN ?,Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan berikutan kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari laman web Lembaga Peperiksaan moe.gov.my.Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran.

 

 

P/S:jangan lah sebarkan maklumat yang tidak betul di laman sosial.selidik dulu maklumat yang kita terima.

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “UJIAN UPSR 2014 DIBATALKAN ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge