DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA

Number of View: 1289

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA ,Lebih kurang jam 9.45 malam tadi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka.Mursyidul Am Pas itu Mengidap Kanser Prostat Tahap empat yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa pulang kerumah beliau di Pulau Melaka.

Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan pada pukul 10 pagi Jumaat di Masjid Pulau Melaka. Jenazah kemudian akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka.

Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.

Tags: , , ,

0 thoughts on “DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge