PERKHIDMATAN KERETA UBER | MALAYSIA

Number of View: 204

Perkhidmatan UBER adalah satu perkhidmatan pengangkutan yang kian popular dimalaysia kerana menawarkan harga yang murah berbanding teksi.Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh pakai Aplikasi UberX  bagi memudahkan mereka mendapat pemandu untuk mengambil dan menghantar mereka ke destinasi yang telah dipilih. Di samping itu, UberX memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk keselamatan pelanggannya bersama dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding teksi di Kuala Lumpur.

Uber adalah aplikasi perkhidmatan pengangkutan yang bergantung pada platform Android dan iOS. Segala tempahan dan transaksi dibuat secara atas talian dan pembayaran dilakukan tanpa menggunakan wang tunai. Uber menegaskan bahawa mereka menggunakan sistem perkhidmatan pengangkutan peribadi berbanding dengan sistem pengangkutan awam. Antara beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uber termasuklah UberX, UberXL, dan Uber Black.

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “PERKHIDMATAN KERETA UBER | MALAYSIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge