PERODUA BEZZA DAN SPESIFIKASI KELUARAN PERODUA

Number of View: 207

Perodua melancarkan serta membuka tempahan bagi model terbaharu Sedan Cekap Tenaga (EEV) pertama iaitu Perodua Bezza di semua pameran seluruh negara bermula pada hari Sabtu 16 Julai 2016.

perodua bezza spec

Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L Transmisi Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Transmisi Manual dan Automatik serta 1.3L Advanced Version Transmisi Automatik.

Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu. Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin.

Harga Perodua Bezza serendah RM37,300 untuk model manual bezza standard G.untuk lebih lanjut mengenai spesifikasi dan harga terkini perodua Bezza,anda boleh mengunjungi cawangan perodua.

 

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “PERODUA BEZZA DAN SPESIFIKASI KELUARAN PERODUA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge