Category: INFO

PERKONGSIAN INFO-INFO TERKINI KEPADA SEMUA.

" Jennifer Lopez Bercerai "

Number of View: 4103
NEW YORK, Amerika Syarikat – Selepas tujuh tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi seksi Jennifer Lopez dan Marc Anthony akhirnya mengumumkan perpisahan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.Pengumuman mengenainya dibuat pasangan selebriti berkenaan dalam satu sidang media tengah hari semalam tetapi punca mengapa perpisahan itu berlaku tidak didedahkan…………

“Kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan kami,” kata kenyataan tersebut.“Ia sukar tetapi kami telah mencapai persetujuan dalam semua perkara berkaitan isu ini,” tambah kenyataan sama.

 

Lopez, 41, yang lebih popular dengan gelaran J.Lo memiliki sepasang anak kembar berusia tiga tahun iaitu Max dan Emme bersama suaminya yang setahun lebih tua.
Perpisahan penyanyi berkenaan yang popular menerusi lagu-lagu seperti Jenny from the Block, Love Don’t Cost a Thing dan terbaru, On the Floor,mengejutkan ramai peminatnya selepas pasangan itu dilihat amat mesra ketika tampil di khalayak di sini pada pertengahan bulan lalu.
Sebelum ini juga tiada sebarang tanda atau desas-desus yang menyatakan berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut.Cinta Lopez dan Anthony berputik selepas penyanyi wanita itu putus tunang dengan aktor popular, Ben Affleck pada Januari 2004.

 

Pada Jun tahun yang sama, mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis rahsia di kediaman mewah Lopez di Beverly Hills, negeri California.Semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, Anthony yang merupakan penyanyi popular irama Latin, baru bercerai dengan isterinya iaitu bekas ratu cantik Miss Universe, Dayanara Torres.
Penyanyi yang popular dengan lagu My Baby You itu memiliki dua anak lelaki, Cristin 10, dan Ryan, 7, hasil perkahwinannya dengan Torres. Dia juga memiliki seorang anak perempuan remaja, Arianna, hasil hubungannya sebelum ini.
Lopez yang mengungguli senarai individu paling cantik majalah People tahun ini pula sudah dua kali berkahwin iaitu dengan seorang pengusaha restoran, Ojani Noa dan penari Cris Judd. – Agensi
sumber:klikk sini


P/S:Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.

BERHATI-HATI SMS BERANGKAI

Number of View: 2616

Salam hormat dan salam satu malaysia,jokegurn ingin berkongsi informasi terkini dalam kosmo online berkenaan sms berangkai.Pengguna harus mengelak dari mengutus khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai yang tidak mempunyai asas kebenaran kerana ini hanya akan menguntungkan syarikat telekomunikasi (telco), kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah.

GAMBAR HIASAN

Beliau berkata, banyak SMS berangkai terutamanya berkaitan keagamaan disebarkan kebelakangan ini.Terbaharu, Muhammad Shaani berkata tentang dakwaan bulan akan mengelilingi Kaabah di Mekah.

“Pada bulan Ramadan, pesanan seperti ini sudah pasti menarik minat umat Islam yang mahu berkongsi maklumat itu dengan rakan-rakan dan saudara-mara,” katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus menjejaki sumber SMS seperti itu dan ambil tindakan terhadap penghantar asal.

 

P/S:Pengguna talifon diharap peka dengan sms yang diterima sebelum menghantar kepada rakan-rakan.

Tags: , , , , , ,

"2 kes lagi kena simbah asid malam ni"

Number of View: 2057




selamat malam semua ,gegurl nak kongsi satu info lagi tentang penyimbah asid yang bermaharajalela di sikar area shah alam.bagi sesiapa yang menetap di area shah alam hendaklah berhati2 ya.malam tadi lebih kurang pukul 8.15malam ada satu kes berlaku di area komplek PKNS shah alam,
satu lagi wanita di simbah asid,huhuhu kenapa sampai sekarang pihak berkuasa tidak dapat menangkap penjenayah durjana ni.lebih kurang pukul 9.30malam tadi ada sekali lagi berlaku di area SUMMIT usj.info yang baru gegurl dapat penyimbah asid menaiki motor honda ex5 4963,bagi sesiapa yang ada terjumpa suspek ni boleh lah menghubungi pihak berkuasa yang terdekat.jangan buat tindakkan sendiri tau,sebab suspek ni merbahaya.

sepandai pandai tupai melompat

akhirnya jatuh ke tanah jua
Read more