Category: KES JENAYAH

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KL DISAMUN

Number of View: 336

Screenshot_2016-07-05-01-46-52-82

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KL DISAMUN,Satu kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak mengakibatkan jumlah ratusan ribu ringgit. Read more

Tags: , , , ,

PELAJAR MALAYSIA DITIKAM DI NOTTINGHAM | TERKINI

Number of View: 5322

PELAJAR MALAYSIA DITIKAM DI NOTTINGHAM | TERKINI,Seorang Pelajar Malaysia Ahmad Izat Ahmad Mazni cedera ditikam 14kali apabila dirompak oleh 3lelaki di Nottingham,united Kingdom.Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi. Read more

Tags: , , , , , , ,

TAK DAPAT JUAL RUMAH IBUBAPA MATI DI TIKAM

Number of View: 16564

TAK DAPAT JUAL RUMAH IBUBAPA MATI DI TIKAM,Sepasang suami isteri di sandakan mati ditikam oleh anak lelakinya di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini, malam tadi.kejadian malang itu berlaku lebih kurang pukul 10.45 malam dan di dalam kejadian itu lelaki 31tahun tersebut turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Sandakan,ACP Rowell Marong memberitahu mangsa yang mati ditikam itu dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di bahagian dada.Mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.

kakaknya yang juga mangsa yang ditikam mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,,” katanya di sini hari ini.

Dari laporan awal pihak polis,Lelaki itu di katakan berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.lelaki itu ingin berbuat demikian untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.Lelaki itu juga pernah mengugut untuk menikam ibubapa nya jika tidak menunaikan permintaannya itu.

Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta.Pihak polis juga menemui sebilah pisau di ruang tamu yang di percayai digunakan lelaki tersebut di dalam kejadian itu.-BERNAMA

ikuti entry menarik ini:http://ulanweblog.com/2011/05/info-telinga-menjadi-sarang-semut/

Tags: , , , , ,

PERBUATAN KHIANAT DI APARTMEN AMPANG KERETA DAN MOTOSIKAL TERBAKAR

Number of View: 13731

Pada awal pagi tadi di taman muda,ampang Enam buah motosikal dan dua buah kereta terbakar di percayai perbuatan khianat.

Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin,Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 5.30 pagi di Apartmen Rivera.Kejadian itu berlaku ketika penduduk di apartmen itu sedang nyenyak tidur dan asap daripada motosikal dan kereta yang dibakar itu naik ke tingkat atas, menyebabkan kesemua mereka terjaga.

Penduduk di Apartmen itu turun untuk melihat apa yang berlaku dan setelah menyedari terdapat kenderaan terbakar, mereka memaklumkannya kepada pihak polis dan bomba,katanya lagi.

Amiruddin berkata,ia kejadian kedua yang berlaku di kawasan yang sama manakala tahun lepas lapan buah motosikal dan sebuah kereta telah dibakar.

Tags: , , , , , ,