Category: Berita

" Malaysia Menang Lagi "

Number of View: 3725
Tahniah buat pasukan malaysia kerana berjaya menewaskan taiwan.syabas buat skuad negara kita kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mempamerkan permainan yang menarik….
Malaysia menewaskan taiwan dengan jaringan 2-1,Malaysia menunjukkan permainan yang menarik dan tidak mengecewakan para penyokong.jaringan gol2 malaysia dijaringkan oleh safiq rahim pada minit 28 dan aidil zafuan minit 55.malaysia akan membawa bekalan 1 gol ini untuk bertandang ke taiwan pada hari ahad 3/7/2011 ini.

Malaysia akan berlepas ke taiwan esok untuk membuat persiapan menentang taiwan.Diharap skuad K.rajagopal dapat menunjukkan permainan yang baik dan tidak menghampakan.
Selamat Maju Jaya

" Budak perempuan Terbunuh "

Number of View: 4668
Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang?gegurl nak kongsi berita Seorang kanak-kanak terbunuh dalam letupan bom di Kabul semalam.Kanak-kanak terbabit dipercayai di arahkan oleh anggota taliban untuk membawa sebuah beg yang berisi bom……

Menurut sumber pihak berkuasa tempatan,kejadian ini berlaku berhampiran pondok polis di selatan afghanistan.ketika kanak-kanak tersebut menghampiri pondok polis,bom di dalam beg yang dibawa meletup dan mengakibatkan kanak-kanak tersebut terbunuh.
Apalah dosa kanak-kanak yang berusia 8tahun itu dianiaya begitu rupa.gegurl memang sedih sangat dekat kanak-kanak yang tak bersalah itu menjadi korban.patut ke perjuangan yang macam itu wujud?kita sebagai rakyat malaysia patut bersyukur kerana negara kita Malaysia aman dan sentosa.marilah kita bersama2 mengekalkan keamanan yang telah wujud sekian lama dari menjadi huru hara.
Sumbercerita:utusan
P/s:marilah berdoa untuk kesejahteraan umat islam diseluruh dunia.

" Pengkid "

Number of View: 10903
Salam hormat dan salam satu Malaysia untuk semua,gegurl harap semua sihat2 dan sentiasa dapat berkat dari yang maha esa.gegurl nak citer sikit pasal berita yang kiter terbaca dekat mymetro pasal isu pengkid ni,terkejut sangat bila tengok tajuk berita tu “Pikat 1,600 jadi ahli”…..

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni,memang lah kita ni disuruh berpasang-pasangan tetapi bukan lah dengan kaum sejenis.ini dah dikira pasangan songsang.Siap wujud laman web lagi untuk pikat ahli2 baru untuk join group pengkid ni.Kemajuan teknologi semakin meningkat dan nilai moral manusia semakin berkurangan.

apa pandangan korang tentang permasalahan yang sirius ni ya,gejala sosial yang macam ini perlu dibendung sebelum menjadi parah.Tidak mustahil suatu hari nanti akan banyak berlaku kes2 perkahwinan kaum sejenis dimalaysia.Harapan gegurl kepada pengkid2 ni supaya pulang lah ke pangkal jalan,pintu taubat sentiasa terbuka.

Incoming search terms:

" Aishwarya Rai Hamil "

Number of View: 11835
sumber:google
Aishwarya rai cerita menarik untuk semua hari ini.Gegurl nak share berita ini sikit dengan semua.Bintang bollywood dan bekas ratu cantik dunia ni di sah kan mengandung anak pertama.Aishwarya rai berkahwin dengan anak lelaki Amitabh Bachchan yang juga pelakon Abhishek pada tahun 2007…

Semua spekulasi dikalangan penulis gosip india kini terjawab dengan khabar gembira ini.Amitabh Bachchan adalah orang yang paling gembira menerima khabar berita ini kerana akan bergelar datuk tidak lama lagi.Apa pun tahniah kepada pasangan bollywood ini kerana bakal menimang Cahaya Mata yang pertama.
sumber berita:mymetro

Incoming search terms: