Search Results for: ambulan kemalangan

AMBULANS TERBABAS SEORANG WANITA MAUT

Number of View: 3581

Pada pukul 8 malam tadi satu kemalangan yang membabitkan sebuah ambulans yang membawa seorang ibu yang menemani anaknya untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik terbabas,Apabila ambulans itu melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan.

KEMALANGAN AMBULANS

Dalam kemalangan itu seorang wanita Norizah Bujang, 62, iaitu ibu kepada pesakit dalam ambulans itu terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya Moriem Tam Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya.

Jurucakap polis berkata, ambulans  yang dipandu seorang petugas dari Klinik Kesihatan Jelai, bersama seorang pembantu membawa Allahyarham Norizah yang menemani anaknya di bahagian belakang ambulans ke Hospital Kuala Pilah.

Katanya, semasa melalui satu selekoh dekat Jalan Felda Bukit Rokan, ambulans itu terbabas sehingga remuk di bahagian hadapan.

“Norizah meninggal dunia di bahagian belakang ambulans dan anaknya terselamat tetapi masih kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya,” katanya.

kedua-dua pemandu dan pembantu kesihatan yang terbabit dalam kemalangan ambulans itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

MARCO SIMONCELLI MAUT DI GRAND PRIX MOTOGP MALAYSIA

Number of View: 3435

MARCO SIMONCELLI MAUT DI GRAND PRIX MOTOGP MALAYSIA,Salam hormat dan salam satu malaysia,Pelumbaan Grand Prix MotoGP Malaysia 2011 yang berlangsung tadi  terpaksa dibatalkan berikutan kemalangan maut yang melibatkan pelumba itali Marco Simoncelli,24.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan,sepang international circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGp Dunia.Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tidak dapat diteruskan 5 minit selepas Marco Simoncelli terjatuh dan dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati,Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan Ambulans ke pusat perubatan di litar sepang.Manakala Edwards terselamat daripada kecederaan sirius dan Rossi tidak mengalami kecederaan.

Incoming search terms:

Tags: , , , ,