Search Results for: mstar hiburan

KUMPULAN SEPAHTU TANPA MAMAT SEPAH

Number of View: 7340

KUMPULAN SEPATHU TANPA MAMAT SEPAH,Selepas pembubaran kumpulan sepah pada ogos lalu,jep dan shuib menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan kumpulan sepahtu yang ditubuhkan september lalu tapa mamat sepah.

Menurut jep,mereka nekad memilih haluan masing-masing untuk bergerak berdua tanpa mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang padanya.mereka tidak mampu lagi bertahan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan dan memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan sepahtu setelah ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

Mereka menerima tawaran tersebut kerana mereka suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni.” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall,selasa

Mereka terpaksa menggunakan nama sepahtu kerana nama sepah digunakan untuk mereka bertiga.orang mengenali sepah  dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat,Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.kerana itulah kami menggunakan nama sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan.

Walaupun mereka telah berpecah,hubungan mereka dan mamat masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain.Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.

Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.

Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.

Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.

Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.

“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.

Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.

 

KREDIT TO MSTAR HIBURAN

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

PENYANYI NORANIZA IDRIS BERKAHWIN SEPTEMBER INI

Number of View: 4540

Salam hormat dan salam satu malaysia,Penyanyi popular etnik kreatif  Noraniza idris bakal melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Jefri Hudi pada 29 september 2011.

sumber:Mstar Hiburan

Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari.Perkahwinan mereka itu diadakan seiring dengan sambutan “FESTIVAL KAHWIN-KAHWIN MASYUR 1MALAYSIA NEGERI JOHOR 2011“.Majlis perkahwinan itu akan diadakan besar-besaran bagi meraikan perkahwinan mereka,kata noraniza idris.

Berkongsi tentang cinta pasangan itu,Biarpun penyanyi itu pernah serik dengan perkahwinan yang lepas tetapi beliau mula terbuka pintu hatinya setelah mengenali hati budi bilal.Hubungan cinta itu terjalin ketika mereka bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di bazar ramadhan tahun lepas.

Jefri tertarik dengan pasangannya itu kerana mempunyai sikap seorang wanita yang berwibawa dan menyenangi sikapnya yang berterus terang.Dan apa yang penting perkahwinan mereka ini direstui oleh semua pihak,ujarnya lagi.

sumber:Mstar Hiburan

Selamat pengantin baru untuk kak Noraniza Idris,semoga berbahagia ke anak cucu…….

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

SIMPLYSITI SAH TIADA DNA BABI

Number of View: 3285

Salam hormat dan salam satu malaysia,sebelum ini kita ada dengar satu laman blog yang mendakwa berus bulu babi yang digunakan dalam produk simplysiti.Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

GAMBAR HIASAN

Datuk siti nurhaliza menafikan Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.Beliau memberi jaminan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM.Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.

Presiden produk simplysiti berharap agar pihak JAKIM dapat membuat kenyataan akbar untuk menerangkan status halal SimplySiti bagi menghilangkan keraguan pengguna ke atas produk tersebut.

Siti berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk simplysiti.pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.

SUMBER CERITA:MSTAR HIBURAN

Semoga pihak JAKIM dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin agar tidak timbul keraguan ke atas penggunaan produk simplysiti

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

ZAHIDA RAFIK DITUDUH ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN MENTERI

Number of View: 4188

ZAHIDA RAFIK DITUDUH ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN MENTERI,Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu. Read more

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,