KEMALANGAN TERKINI DI TERENGGANU | Jokegurl.Com

Tag Archives: KEMALANGAN TERKINI DI TERENGGANU

SEORANG PELAJAR MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Number of View: 5528

Salam hormat dan salam satu blogger,hari ini jokegurl ingin berkongsi berita seorang pelajar maut dalam kemalangan jalan raya di besut terengganu.seorang pelajar Tingkatan Empat terbunuh manakala rakannya parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di kilometer 33 Jalan Jerteh-Keruak, dekat kampong Berangan, Hulu Besut petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Aiman Ismail, 16 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut akibat kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.Nur Aiman yang membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar disahkan meninggal dunia sebaik sahaja sampai di Klinik Pasir Akar, Hulu Besut.

Rakan Nur aiman,Mohd Khiri Awafi Nordin, 18 yang merupakan pelajar Tingkatan 6 Bawah di sekolah sama yang menunggang motosikal berkenaan cedera di tangan kanan dan bahagian muka dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Incoming search terms: