KEPUTUSAN MAHKAMAH KEPADA NORADZ TRAVEL & SERVICES | Jokegurl.Com

Tag Archives: KEPUTUSAN MAHKAMAH KEPADA NORADZ TRAVEL & SERVICES

DEPOSIT HARAM PENERBIT FILEM DAN ANAK DI PENJARA

Number of View: 13659

DEPOSIT HARAM PENERBIT FILEM DAN ANAK DI PENJARA,Seorang penerbit filem dan dua orang anaknya dipenjara dan didenda oleh mahkamah sesyen Kuala Lumpur setelah di dapati bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih rm100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah 59juta.

Hukuman itu dijatuhkann oleh Hakim Rozana Ali Yusoff dan memerintahkan Datuk Adzhar Sulaiman,56 selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram.dia dihukum 3 tahun penjara.

Anak perempuannya,Noradzma,35,yang turut menghadapi tuduhan yang sama dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda rm500,000 atau enam bulan penjara manakala Noradz  travel & services pula didenda rm5 juta atas mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak pengurus besar noradz travel & services yang juga seorang penyanyi dan popular dengan lagu pujaan malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

sumber:kosmo

dah lama rasanya kes Noradz travel & services ni kat mahkamah,ramai juga orang ramai yang teleh menyerah wang kepada syarikat noradz.tentu ramai yang tunggu perbicaraan kes ini.

Incoming search terms: