KES DERA BUDAK TIGA TAHUN TERKINI | Jokegurl.Com

Tag Archives: KES DERA BUDAK TIGA TAHUN TERKINI

BUDAK TIGA TAHUN JADI MANGSA DERA

Number of View: 4588

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun kini terlantar di hospital akibat patah gigi dan lebam seluruh badan,di syaki didera oleh bapa tiri nya.Sehingga kini kanak-kanak itu di laporkan masih belum sedar kan diri selepas di hantar ke hospital sungai buluh oleh ibunya.

Doktor yang merawat mangsa mengesyaki dia didera berdasarkan kesan lebam baru dan lama di leher, telinga dan badannya, menyebabkan pengamal perubatan itu membuat laporan polis.

Sepasukan anggota polis menyerbu rumah mangsa selepas menerima laporan dan menahan seorang lelaki yang juga bapa tirinya di sebuah rumah di Bukit Sentosa bagi membantu siasatan.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati mangsa dipercayai didera berulang kali sejak sebulan lalu selepas ibunya berkahwin dengan lelaki itu lebih setahun lalu.ibu mangsa adalah warga Indonesia dan pernah berkahwin dengan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh sebelum pasangan itu bercerai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.suspek kini direman empat hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 200.

 

Incoming search terms: