SKIM GAJI TERBARU SPBA | Jokegurl.Com

Tag Archives: SKIM GAJI TERBARU SPBA

BAJET 2012 :DURIAN RUNTUH UNTUK PENJAWAT AWAM

Number of View: 25728

JOM BUAT DUIT JOIN CHURP CHURP

 

BAJET 2012 :BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM,Perdana menteri Datuk seri najib tun razak mengumumkan tiga berita gembira untuk penjawat awam iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun,kenaikan gaji dan pemberian bonus setengah bulan gaji dan minima rm500.

Dalam belanjawan yang dibentangkan di dewan rakyat hari ini,Najib berkata penjawat awam berumur antara 59 ke 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.Oleh itu kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda ,kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan sistem saraan baru perkhidmatan awam (SPBA) bagi menggantikan sistem saraan Malaysia (SSM) dan dengan sistem baru itu,Penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara rm80 hingga rm320 mengikut gred mulai 2012.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai SBPA, Perdana Menteri berkata sistem itu digubal denganmatlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

“Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja,” katanya.

Beliau berkata di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

Dengan itu katanya, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Najib berkata di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat.

Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun.

“Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah ‘time-based’ lapan tahun turut diterima pakai,” katanya.

Beliau berkata di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Najib berkata kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat.

Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Beliau berkata tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.

Najib berkata kerajaan juga menghargai khidmat dan jasa 4,300 kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

 

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN KERAJAAN KERANA MENGUMUMKAN BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM DAN RAKYAT.

JOM TERJAH SINI


Incoming search terms: